Friday, 28 December 2012

Masker Sengkuang atau Bengkoang ???


Assalamualaikum..
As usual jawab sendiri.. hihi..

Entry kali ni aku rasa macam nak cerita pasal sengkuang atau orang indonesian panggil bengkoang..

Tahu tak apa tu sengkuang ??

Okay, sengkuang tu ialah sejenis buah yang asal dia dari Amerika Tengah. Warna kulit dia macam warna tanah ( coklat-coklat gitu) dan isi dia berwarna putih. Isi dia warna putih gebu dan quite keras actually.

Ni lah sengkuang !

Orang Malaysia lebih mengenali sengkuang sebagai satu makanan yang orang selalu campak dalam rojak ataupun colek dengan kuah rojak then letak kacang banyak-banyak..

Tetapi entry ni bukan nak cerita pasal macam mana nak makan sengkuang okay tapi nak cerita betapa berfaedahnya sengkuang ni jikalau nak dibandingkan dengan harganya yang sangat sangat murah yang makcik-makcik kat pasar basah jual.

Selain daripada khasiat sengkuang yang dapat merawat pelbagai penyakit seperti kecing manis, menurunkan kadar kolestrol darah, mengubati demam, dan mengatasi penyakit kulit, sengkuang juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan. Kecantikan wajah dan tubuh badan.. Kalau perempuan dengar cantik cantik gini teruja la ye dak ?

Sebab aku dengar sengkuang ni banyak manfaat untuk kecantikan lah yang membuatkan aku terkinja kinja nak cari sengkuang ni. Sanggup redah wet market pepagi buta semata-mata nak cari sengkuang okay !

Okay, tipu actually... Aku suruh mak aku tolong belikan.... Hehehe...

 Antara faedah-faedah sengkuang untuk kecantikan ialah :

  • Melembabkan dan memutihkan kulit.
  • Menegangkan kulit.
  • Menghilangkan bintik bintik hitam.
  • Menguatkan gigi dan tulang ( ini untuk yang mengamalkan dalam pemakanan )
Untuk merasa atau mendapatkan faedah-faedah daripada sengkuang yang dulu kita rasa konon kononnya sengkuang ni tak sedap la bila makan, keras la, ni la nu la, kita jugak boleh membuat MASKER sendiri.

Yes, masker sendiri. Sangat senang dan tak memakan masa yang lama dan tak melibatkan barang-barang banyak pun. Satu lagi, tak payah la susah-susah p cari kat kedai. Buat sendiri lagi senang and most importantly mesti puas hati dengan result dia.

Tak percaya ?? Tak percaya sudah....

Ok, cara- cara nak buat masker sengkuang ni senang je. Sangat senang. Aku rasa kalau tutup mata pun boleh buat tapi kalau berlaku incident apa-apa, tanggungjawab sendiri la ye! Hehe...

Okay adik-adik, cara nak buat masker sengkuang begini okay!! 
Bajet orang nak baca kan???


Kupas kulit sengkuang ni sampai licin macam ni ha



Potong kecik kecik then campak masuk dlm blender. If tak nak potong pun tak kisah tapi, bersedia lah kumpul duit beli blender baru ya. Sila abaikan blender yang kurang cantik tu. Banyak berjasa hoih.



Lepas blender jadi rupanya macam ni. Jangan blender terlampau halus. Sedang-sedang pun dah okay sebab kita nak ambil hampas dia bukan air sengkuang tu.



last sekali, tapis sengkuang yang dah di blender. Yang kena ambil bukan air sengkuang tapi hampas dia. Air dia tu guna buat cuci muka pun boleh.




Senang kan ??? Kan dah cakap kalau nak tutup mata pun boleh. Sengkuang masker elok di pakai waktu malam semasa kulit kita berehat. Kalau dah pakai masker ni, seriously rasa sejuk gila dekat muka dan rasa best sangat. Tradisional gitu...

Tapi seriously memang best okay. Pakai masker sengkuang ni sekurang-kurangnya 1 jam. Tapi kalau aku, esok pagi baru lah aku tanggalkan sebab rasa sejuk masker ni yang best sangat. Dan pakai sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan lihat sendiri result dia.

*Tapi kalau dah pakai, serious muka akan jadi macam hantu ok. Anak buah aku sendiri pun takut tengok.. Hihihi..

SELAMAT MENCUBA.

xoxo
Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment