Assalamualaikum...
Lately, aku rasa macam rajin pulak nak singgah blog aku yang ntah apa apa ni. Mungkin di sebabkan kebosanan melampau membuatkan aku rajin terlebih nak menaip ni. Yela, tiap tiap hari asyik buat benda yang sama. Mana tak bosan kan?
Okay lah dah habis bebel kat atas, aku nak terus straight forward tajuk entry hari ni.
Azam Baru 2013 ?????
Kalau dah akhir akhir tahun macam ni, ramai jela yang tanya apa azam baru aku. Nak kahwin ke? Belajar ke?? Kerja ke ??? Dan banyak lagi la.. Seriously, tiap tiap tahun aku tak pernah berazam apa apa pun. Dan sebenarnya aku tak pernah letak target untuk hidup aku. Aku ni lebih kepada follow the flow. Apa benda yang aku buat, macam tula jadinya.
Tapi tahun ni aku dapat rasakan aku kena letak target jugak. Kena berazam jugak.
Contohnya, aku berazam nak kahwin dengan anak orang kaya hujung tahun ni. Eh ???
Hahahahaha... Gurau gurau je. Serious! Aku kena letak target sebab 2013 is one of most important year in my life where i think that 2013 is the year of making and choose the best decision. Nak belajar lagi ke? Nak kerja ke? Nak ambil course apa pulak? Serious banyak benar decision kena buat yang melibatkan diri sendiri. Salah langkah tak ke naya ?? Hmmm...
So, apa azam aku untuk 2013 ni ? Apa ya ?
Biarlah rahsia yang perlu aku tanam dalam jiwa dan tulis dalam diari aku yang ada password tu. I mean my memo dalam hp. Hehehe..
Oklah kena berundur dulu daripada aku membebel teruk teruk lagi dalam ni. Kang aku sendiri yang letih baca.
xoxo
Assalamualaikum.
Monday, 31 December 2012
Friday, 28 December 2012
Masker Sengkuang atau Bengkoang ???
Assalamualaikum..
As usual jawab sendiri.. hihi..
Entry kali ni aku rasa macam nak cerita pasal sengkuang atau orang indonesian panggil bengkoang..
Tahu tak apa tu sengkuang ??
Okay, sengkuang tu ialah sejenis buah yang asal dia dari Amerika Tengah. Warna kulit dia macam warna tanah ( coklat-coklat gitu) dan isi dia berwarna putih. Isi dia warna putih gebu dan quite keras actually.
Ni lah sengkuang ! |
Orang Malaysia lebih mengenali sengkuang sebagai satu makanan yang orang selalu campak dalam rojak ataupun colek dengan kuah rojak then letak kacang banyak-banyak..
Tetapi entry ni bukan nak cerita pasal macam mana nak makan sengkuang okay tapi nak cerita betapa berfaedahnya sengkuang ni jikalau nak dibandingkan dengan harganya yang sangat sangat murah yang makcik-makcik kat pasar basah jual.
Selain daripada khasiat sengkuang yang dapat merawat pelbagai penyakit seperti kecing manis, menurunkan kadar kolestrol darah, mengubati demam, dan mengatasi penyakit kulit, sengkuang juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan. Kecantikan wajah dan tubuh badan.. Kalau perempuan dengar cantik cantik gini teruja la ye dak ?
Sebab aku dengar sengkuang ni banyak manfaat untuk kecantikan lah yang membuatkan aku terkinja kinja nak cari sengkuang ni. Sanggup redah wet market pepagi buta semata-mata nak cari sengkuang okay !
Okay, tipu actually... Aku suruh mak aku tolong belikan.... Hehehe...
Antara faedah-faedah sengkuang untuk kecantikan ialah :
- Melembabkan dan memutihkan kulit.
- Menegangkan kulit.
- Menghilangkan bintik bintik hitam.
- Menguatkan gigi dan tulang ( ini untuk yang mengamalkan dalam pemakanan )
Untuk merasa atau mendapatkan faedah-faedah daripada sengkuang yang dulu kita rasa konon kononnya sengkuang ni tak sedap la bila makan, keras la, ni la nu la, kita jugak boleh membuat MASKER sendiri.
Yes, masker sendiri. Sangat senang dan tak memakan masa yang lama dan tak melibatkan barang-barang banyak pun. Satu lagi, tak payah la susah-susah p cari kat kedai. Buat sendiri lagi senang and most importantly mesti puas hati dengan result dia.
Tak percaya ?? Tak percaya sudah....
Ok, cara- cara nak buat masker sengkuang ni senang je. Sangat senang. Aku rasa kalau tutup mata pun boleh buat tapi kalau berlaku incident apa-apa, tanggungjawab sendiri la ye! Hehe...
Okay adik-adik, cara nak buat masker sengkuang begini okay!!
Kupas kulit sengkuang ni sampai licin macam ni ha |
Potong kecik kecik then campak masuk dlm blender. If tak nak potong pun tak kisah tapi, bersedia lah kumpul duit beli blender baru ya. Sila abaikan blender yang kurang cantik tu. Banyak berjasa hoih. |
Lepas blender jadi rupanya macam ni. Jangan blender terlampau halus. Sedang-sedang pun dah okay sebab kita nak ambil hampas dia bukan air sengkuang tu. |
last sekali, tapis sengkuang yang dah di blender. Yang kena ambil bukan air sengkuang tapi hampas dia. Air dia tu guna buat cuci muka pun boleh. |
Tapi seriously memang best okay. Pakai masker sengkuang ni sekurang-kurangnya 1 jam. Tapi kalau aku, esok pagi baru lah aku tanggalkan sebab rasa sejuk masker ni yang best sangat. Dan pakai sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan lihat sendiri result dia.
*Tapi kalau dah pakai, serious muka akan jadi macam hantu ok. Anak buah aku sendiri pun takut tengok.. Hihihi..
SELAMAT MENCUBA.
xoxo
Assalamualaikum.
Thursday, 27 December 2012
Kepastian Tu Tak Pasti Pun ?
Assalamualaikum..
eventhough aku tau aku yang jawab salam sendiri... tsk tsk :(
Sebenarnya aku tak pasti kenapa aku buat blog sebenarnya. Adakah sebab aku tengok ramai popular sebab buat blog ???? Then ramai yang jadi kaya raya sebab income dari blog dan boleh kahwin hanya dengan menulis blog ????
Oh jawapannya tak. Tak langsung..
Kalau aku pikir nak kaya, mesti aku dah follow sapa-sapa entah tapi ni ha aku buat blog ni without any follower pun. Aku pun tak harap ada follower sebab nanti bila orang baca aku jadi maluuuu (ala-ala gaya mami jarum sambil tutup muka)....
Kehkehkeh... :P
Tapi reason sebenarnya aku taip malam bebuta ni bukan nak cerita pasal kepastian dan tanda tanya kenapa aku buat blog tapi sebenarnya lebih kepada nak cerita my sad story yang tak tau bila nak habis....
Sad storynya ialah......
BILA AKU NAK DAPAT KERJA OI !!!
Ok actually from my previous post, i am very confident and very sure that i am going to get a job as a physiotherapist no matter what. But now, now, now, i ain't sure what is happening to me..
I am JOBLESS.. You know jobless??????
Kesian kan aku ??
Dah berbulan aku tunggu any offer tapi seems macam tak ada harapan pun .. Dah banyak hospital aku hantar resume tapi ada berapa je yang jawab..
PHYSIOTHERAPIST ????
Yes, physiotherapist job sangat limited okay ! One hospital only need 2-3 physio ok! See, how limited my course are.. Aku menyesal sesal tapi semua ni pun aku kena faham yang ini semua qada dan qadar dari Allah.. Mungkin ada hikmah sebalik semua ni. Mungkin Allah mengatur sesuatu yang lebih hebat untuk aku.
Mungkin ???
Eventhough aku tahu yang apa yang aku tulis malam bebuta ni untuk menyedapkan diri sendiri tapi aku patut tahu yang aku tak boleh give up. TAK BOLEH GIVE UP !
ALLAH IS ALWAYS WITH ME :)
Ni lah ketidakpastian aku sebenarnya. Bukan apa pun. Mungkin sebab terlalu lama aku simpan perasaan ni sorang-sorang, jadi aku fikir ada baiknya aku merepek meraban kat sini.
At least, boleh aku senyum sendiri bila baca post ni balik bila aku dah dapat kerja nanti ... Kehkehkeh
Ye dak ?? Ye kan jela.. Kan aku yang baca sendiri blog aku ni.
Hahahahahahaha.....
Sampai sini saja post yang ntah apa kebenda aku tulis ni. Entah bila pulak aku nak update blog ni.Sudah la last post September lepas. Hahahaha.
Pemalas betul..
Takkan nak merepek tiap hari kot kat sini, kang aku rasa macam biul pulak. Menggila sorang-sorang.
Conclusionnya, bagi penganggur yang macam aku ni. Quotes kat bawah sangat lah sesuai supaya aku tak rasa menyesal selalu dan cepat berputus asa .....
Oklah xoxo.
Assalamualaikum ~
Subscribe to:
Posts (Atom)